Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program sambutan Bon Odori supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.
Baginda juga tidak mahu menteri berkenaan menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut.